Pages

Punca Ramai Yang Gagal Bisnes ONLINE


Assalamualaikum, untuk post kali ini saya nak tanya anda, pernah tak anda rasa kecewa? Kecewa dan marah kerana iklan anda tidak mendapat sambutan. Ya, saya yakin jika anda seorang peniaga online anda pasti akan merasai pengalaman ini. Tambah2 yg berniaga di FACEBOOK. Memang  ramai org yang baru nak berjinak dengan bisnes online di Facebook "give-up" dalam masa 2 minggu. Kenapa ?


Ok, sebenarnya ada 2 kemungkinan disini :


  1. Teknik promosi yang anda gunakan itu salah.
  2. Customer anda x nampak pun iklan anda di Facebook


* Antara jawapan bagi 2 kemungkinan ini adalah mungkin anda promosikan produk anda kepada orang yg tidak berminat pun dengan produk anda. Ianya SALAH ! . Contoh : Adakah anda nak buat pembelian sepasang "Kasut Bola" jika anda tidak berminat pun dengan "Sukan".

TIPS : ( Jika anda berniaga di facebook, add friends orang yg berminat dengan produk anda. )


* Selain itu, Iklan anda tidak mendapat "LIKES & KOMEN" . Jangan pandang remeh likes dan komen ni, ianya memainkan peranan yg besar dalam memastikan iklan anda dapat dilihat oleh rakan anda & friends kepada rakan anda. Ramai yg tidak tahu sebenarnya jika status @ iklan kita tidak mendapat likes & komen, status tersebut akan ditolak kebawah di newsfeed friends kita & kemungkinan besar langsung tidak dapat dilihat oleh mereka. Oleh itu pastikan status kita mendapat likes & komen daripada rakan2.

Ingat : ( Makin tinggi likes & komen, makin ramai yg melihat post anda )


* Lastly ayat iklan anda tidak menarik perhatian pembeli. Untuk mendapatkan likes & komen status kita mestilah menarik perhatian org lain. Antara cara untuk dapatkan komen yg tinggi ialah dengan membuat status tergantung. Buat orang tertanya2 apa sebenarnya yg anda ingin katakan. Dengan ini mereka akan komen untuk bertanya apakah yg sebenarnya anda maksudkan.

Pesanan : ( Bila buat iklan jangan letakkkan info yg detail. Buat org tertanya2, tapi jgn sangat ringkas sampai x jelas apa yg kita ingin sampaikan )


Sekian dahulu untuk post yg pertama daripada saya. Semoga post ini bermanfaat untuk anda semua.

Untuk post seterusnya saya akan berikan ebook bernilai RM29 secara PERCUMA .



Ebook tersebut ialah : TEKNIK MUDAH AYAT JUALAN.





Terima Kasih
-Nik Abd Sobur-


0 ulasan:

Catat Ulasan